Selamat Melayari Kembara Hadi Contact Us

Kisah benar : Dirompak tapi sempat berdakwah



Nama Mohammad Sohail kini menjadi sebutan di Amerika. Namanya menjadi sebutan dan mendapat liputan di arus media selepas seorang lelaki cuba merompak kedai Shirley Express iaitu kedai milik Mohammad Sohail di Shirley, New York pada Mei 2010.

Perompak itu masuk dengan memegang kayu besbol dan menuntut wang. Tetapi Sohail nekad dengan memutuskan untuk menarik keluar senapang.Perompak terkejut dengan tindakan Sohail dan dia terus melutut ke tanah.Sebenarnyasenapang itu tidak mempunyai peluru



Perompak mula menangis seperti budak kecil, mengatakan dia hanya merompak kedai kerana dia tidak punya pekerjaan dan keluarganya sudah tidak mempunyai bekalan makanan.

Sohail kasihan selepas mendengar rintihan perompak tersebut."Ketika saya melihat dia mulai menangis, saya dapat rasakan yang dia terdesak dalam hidupnya sehingga mengambil keputusan untuk mencuri" katanya kepada CNN.

Sohail meminta perompak itu berjanji supaya untuk tidak merompak lagi, kemudian memberinya $ 40 dan roti. Lelaki itu menjawab dengan mengatakan ia ingin menjadi Muslim seperti Sohail. Sohail memberitahu dua kalimah syahadah dan memberikan nama Zardari Nawaz Sharif kepada perompak tersebut.

Sementara Sohail pergi untuk mendapatkan susu untuk perompak, perompak itu terus melarikan diri. Namun Sohail tidak menekan butang amaran selepas itu dan membiarkan perompak itu melarikan diri.

Selepas orang lain mengetahui tentang kebaikannya, mereka mula menghantar wang kepadanya. Tetapi Sohail tidak menggunakan untuk dirinya. Dia memutuskan untuk memberikan kepada orang orang yang tidak berkemampuan dengan menawarkan roti dan kopi setiap malam.



Minggu ini Sohail menerima surat tanpa alamat pengirim yang mengandungi $ 50 dan nota. Kandungan surat itu:

"Anda telah menukar keseluruhan hidup saya ... Pada waktu itu saya tidak punyai duit, tidak punyai makanan, meja saya kosong, saya tak punyai kerja. Saya tahu ini kerja yang salah dengan merompak tetapi saya tidak punyai pilihan. Saya perlu memberi makanan kepada keluarga saya. Bila kamu acukan senapang, saya yakin 100% saya akan mati. " Tapi kamu telah menjadi inspirasi saya untuk saya menjadi "muslim sebenar"

"Saya sangat gembira bahawa seseorang itu telah mengubah hidupnya," kata Sohail dalam temuramahnya dengan CNN. "Jika dia masih lagi melakukan jenayah, hidup dia takkan berubah. Jadi sekarang dia adalah orang yang baik di dalam komuniti ini dan saya sangat gembira untuk itu. Dia tinggal keluar dari masalah, dia tidak dalam penjara, dan boleh mengurus keluarganya dengan baik .



Firman Allah dalam surah al-Imran ayat ke-64, “Katakanlah: "Hai Ahli Kitab, marilah (berpegang) kepada suatu kalimat (ketetapan) yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu, bahwa tidak kita sembah kecuali Allah dan tidak kita persekutukan Dia dengan sesuatupun dan tidak (pula) sebagian kita menjadikan sebagian yang lain sebagai tuhan selain Allah." Jika mereka berpaling maka katakanlah kepada mereka:"Saksikanlah, bahwa kami adalah orang-orang yang berserah diri (kepada Allah).”

HIDAYAH ALLAH datang dalam pelbagai bentuk MASHAALLAH!

22 ulasan

  1. Allahuakbar !
  2. kalau semua perompak senang insaf macam 2 kann bagus . hehe ;)
  3. ALhamdulillah.. ada masih ad muslim baek camni.. semoga ia bole dijadikan contoh kepada umat islam.. :D
  4. alhamdulillah....baeknye org nie...semoge ALLAH membalas kebaikannye...
  5. hidayah dari Allah..
  6. subhanallah..hidayah Allah kepada sesiapa yang berkehandak kepadanya..
  7. TAKBIR!! ALLAHUAKHBAR!
  8. masyaallah...mulia nya hati insan tu..
    alhamdulillah..perompak tu da insaf :)
  9. Allahuakhbar!

    Trharu bile mmbaca :'(
  10. tak sangka betul! aemua nya hidayah Allah,,
    Alhamdulillah~
  11. baiknya orang tu.hope kita pon akan jadi macam tu kalau diberi ujian satu hari nanti..

    peace=)
  12. subhanallah .. :)
  13. Alhamdulillah, hidayah Allah kepada dia disaat senapang diacukan kepada dia, syukur dia sempat menjadi muslim,kalaulah dia terus ditembak dan mati kerana merompak bayangkan, sesungguhnya Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
  14. Hidayah Allah S.W.T..:)
  15. wahhh !!! Alhamdulillah.

    Allahuakbar. terharu membaca post ni.. siyes

    *speechless*
  16. Benar..hidayah datangnya hanya dari Allah..siapa sangka, peristiwa begini boleh merubah seseorang.
  17. Aku berlindung kepada Tuhan daripada syaitan yang direjam.

    Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang.

    "Maka jika mereka berpaling, maka ketahuilah kewajiban yang dibebankan ke atasmu (Muhammad) hanyalah menyampaikan (amanat Allah) dengan terang." Surah An-Nahl : Ayat 82

    ‎"Dan jika Allah menghendaki, tentulah Dia menjadikan kamu satu umat (yang bersatu dalam ugama Allah yang satu); akan tetapi Allah menyesatkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) dan memberi petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan sesungguhnya kamu akan ditanya kelak tentang apa yang kamu telah kerjakan." Surah An-Nahl : Ayat 93

    "Barangsiapa dikehendaki Allah akan mendapat hidayah (petunjuk), Dia membukakan dadanya untuk (menerima) Islam. Dan barangsiapa dikehendaki-Nya sesat, Dia jadikan dadanya sempit dan sesak, seakan-akan dia (sedang) mendaki ke langit. Demikianlah Allah menimpakan siksa kepada orang2 yang…
  18. entry yg sangat bagut utk perkongsian bersama..semoga perompak itu berubah hendaknya..
  19. Alhamdulillah, it's nice to have good people around
  20. menginsafkan
  21. Assalamualaikum...

    Walau apa jua pekerjaan kita, kita juga boleh menjadi pendakwah bagi ajaran Islam yang sebenarnya, tanpa had, tanpa hari, sepanjang masa...

    Peniaga @ usahawan berkenaan merupakan seorang yang berhati mulia dan ikhlas dalam kerjanya. Dengan memperlihatkan sikap-sifat yang baik, budi bahasa yang cantik, tutur kata yang sopan juga dapat menjadi sebagai salah satu "bahan" untuk kita berdakwah.

    Tidak semestinya kita harus memakai serban dan bercelak serta menyertai mana-mana pertubuhan tertentu untuk berdakwah kerana Islam untuk semua, untuk mereka yang bertopi, bersongkok, berkupiah ataupun yang tidak memakai apa2 di kepalanya...
  22. alhamdullilah orang tu diberikan hidayah.
    =)

    mari baca entry terbaru ! =)
PERINGATAN: kembara Hadi tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.