Selamat Melayari Kembara Hadi Contact Us

Sejarah Perang Ahzab / Perang Khandak (Parit)

Perang Ahzab (bahasa Arab: غزوةالاحزاب) atau Perang Khandaq (Arab: غزوةالخندق) ini telah berlaku pada bulan Syawaltahun 5 Hijrah bersamaan 627 Masihi.
Perang Ahzab (bahasa Arab: غزوةالاحزاب) atau Perang Khandaq (Arab: غزوةالخندق) ini telah berlaku pada bulan Syawaltahun 5 Hijrah bersamaan 627 Masihi. Dinamakan Perang Ahzab kerana perang ini menghimpunkan banyak suku kaum yang telah bersekutu (Ahzab) untuk menyerang orang Islam di Madinah. Dinamakan juga Perang Khandak (parit) kerana tentera Islam telah menggali parit di sekeliling kota Madinah untuk menghalang tentera musuh dari menceroboh dan menyerang Madinah. Dengan bantuan Allah, tentera Islam telah mendapat kemenangan walaupun jumlah gabungan tentera Mekah amat besar. Perang ini ada diceritakan dalam al-Qur’an di dalam Surah Al-Ahzab.



Pengepungan menjadi ‘pertarungan kepintaran’ dalam mana Muslim secara taktikal mengalahkan musuh mereka sambil hanya mengalami korban kecil. Usaha bagi mengalahkan orang Islam gagal, dan agama Islam bertambah berpengaruh di rantau itu. Ekoran itu, tentera Muslim mengepung pula penempatan suku Bani Quraizah, yang membawa kepada penyerahan kalah mereka.

Kekalahan dalam Perang Khandaq menyebabkan Quraisy hilang perdagangan serta darjat mereka.

Marilah bersama menghayati sirah Rasulullah s.a.w dalam peperangan Ahzab. Tanggal 7 Syawal 5 Hijrah menyaksikan peristiwa Perang Ahzab berlaku setelah kesedihan menimpa kaum Muslimin, akibat keguguran ramai para syuhada didalam Peperangan Uhud.

Perang Ahzab atau Khandak adalah perang yang mengumpulkan 10,000 orang tentera musyrikin dari sekitar tanah arab untuk memerangi Madinah. Jumlah tersebut adalah lebih banyak daripada bilangan penduduk madinah termasuk anak-anak, wanita-wanita dan golongan tua.

Apabila mengetahui keadaan tersebut Rasululullah s.a.w telah bermesyuarat dan telah mengambil idea bernas daripada Salman Al-Farisi untuk menggali parit di bahagian Utara Madinah. Bahagian lain di sekeliling Madinah dikelilingi oleh gunung-gunung dan kebun-kebun kurma menyukarkan kaum musyrikin memasuki kota Madinah.

Setelah sempurna penggalian tersebut maka seperti yang dijangka sebuah ketumbukan besar musyrikin Quraisy bergabung dengan kaum-kaum musyrikin di sekitar Mekah muncul di hadapan parit tersebut. Di sini dapat diringkaskan bahawa usaha yang dilakukan oleh orang Musyrikin untuk menyeberangi parit itu tidak berjaya. Peperangan terbatas hanya dengan melepaskan anak panah. Walaupun begitu terdapat enam orang dari pihak muslimin dan 10 orang dari pihak musyrikin yang terbunuh.

Dalam keadaan yang tegang itu, Bani Quraizah iaitu kaum Yahudi yang tinggal di Madinah telah dihasut oleh Huyai bin Akhtab untuk memerangi kawasan tempat tinggal di Madinah yang didiami oleh wanita-wanita dan anak-anak kecil. Mereka telah melanggar janji mereka dengan Rasulullah s.a.w dengan membuat keputusan tersebut.

Beberapa orang Yahudi dilihat cuba menyusup masuk untuk menyerang dari belakang. Walaupun begitu dengan keperwiraan yang ditunjukkan oleh Shafiyyah binti Abdul Muthalib, beliau berjaya membunuh mereka dan Bani Quraizah yang melihat dari jauh menjangka Rasulullah juga telah meletakkan askar pertahanan dari belakang. Keadaan menjadi selamat seketika. Keadaan sedemikian menyebabkan mereka hanya menyediakan makanan kepada tentera-tentera Quraisy.

Setelah mendengar berita yang merungsingkan tersebut Rasulullah s.a.w telah menghantar wakilnya untuk mencari kebenaran tentang peristiwa tersebut. Apabila ternyata kesahihan berita tersebut berita ini tersebar dalam kalangan tentera yang menjaga di barisan hadapan. Kemudian sebahagian daripada tentera memohon izin untuk pulang mempertahankan anak-anak dan isteri mereka di rumah.

“Allahuakbar bergembiralah wahai orang-orang muslimin dengan kemenangan dan pertolongan daripada Allah S.W.T.” Sabda baginda setelah diam seketika. Rasulullah s.a.w merancang untuk menghantar beberapa pasukan untuk menjaga di barisan belakang dan menghantar beberapa pasukan untuk mengucar-kacirkan tentera musyrikin di barisan hadapan.

Namun rancangan Rasulullah s.a.w tidak diterima oleh beberapa orang Sahabat setelah Rasulullah s.a.w memberitahu rancangan ini adalah pendapatnya dan bukan wahyu daripada Allah S.W.T. Kemudian Allah S.W.T telah membuat keputusan yang sekaligus menghina dan memecahbelahkan musuh dengan mendatangkan Nua’im bin Mas’ud.

Beliau adalah seorang yang berpengaruh dalam kalangan Bani Quraizah dan orang musyrikin Quraisy. Beliau menyatakan keislamannya di hadapan Rasulullah s.a.w dan bersedia membantu untuk memecahbelahkan tentera musyrikin.

Setelah Rasulullah s.a.w menyerahkan cara dan strategi memecahbelahkan mereka kepada Nua’im maka beliau telah melaga-lagakan antara Bani Quraizah dan Bani Quraisy. Setelah mengetahui bahawa barisan mereka telah berpecah belah, mereka telah hilang semangat untuk berperang memandangkan khuatir berlaku peperangan sesame sendiri dan tiada kesatuan antara mereka. Pada masa yang sama Rasulullah s.a.w dan para sahabat berdoa kepada Allah dengan penuh keikhlasan agar pasukan musuh dikalahkan.

Akhirnya Allah S.W.T menurunkan para malaikat yang datang berupa angin taufan mencabut semua khemah-khemah musuh memporak-perandakan gerakan mereka. Allah S.W.T juga mengirimkan malaikat yang menyusupkan perasaan takut di pihak musuh. Rasulullah s.a.w menghantar wakil untuk melihat keadaan musuh dan ternyata tiada seorangpun dalam kalangan mereka yang tinggal melainkan kesemuanya telah melarikan diri ke Mekah.

Peperangan ini telah bermula pada 5 Syawal dan telah berlangsung selama sebulan. Perang Ahzab bukanlah peperangan yang membawa kepada kerugian dan keuntungan melainkan ia adalah perang saraf semata-mata. Tiada pertempuran yang hebat antara kedua belah pihak.

Namun dalam catatan sejarah Islam ini adalah peperangan yang sangat tegang, yang berakhir dengan kekalahan di pihak musyrikin. Peperangan ini memberi petunjuk bahawa sebesar manapun kekuatan ketenteraan yang ada pada negara arab tidak sanggup untuk melawab kekuatan kecil yang sedang mekar di bumi Madinah.

Disebabkan hal ini Rasulullah s.a.w bersabda “Sekarang kitalah yang akan menyerang mereka dan mereka tidak akan menyerang kita. Kitalah yang akan mendatangi mereka.”

Catat Ulasan

PERINGATAN: kembara Hadi tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Catat Ulasan