Selamat Melayari Kembara Hadi Contact Us

Brunei Melaksanakan Hukuman Rejam dan Qisas

Brunei Melaksanakan Hukuman Rejam dan Qisas
Diberitakan hari ini, Selasa (22/10), Kesultanan Brunei Darussalam mengumumkan melaksanakan undang-undang Islam kepada mereka yang melakukan kesalahan jenayah,termasuk Qisas (potong anggota badan) sebagai hukuman jenayah dan Rejam bagi mereka yang melakukan zina.

Penerapan dan perlaksanaan hukuman itu menjadi sebahagian dari undang-undang jenyah baru Brunei yang berdasarkan syariah Islam.

Hukuman baru itu termasuk aturan melempari pesalah zina dengan batu, hukuman memotong anggota tubuh bagi pencuri, dan perbuatan lain yang dinilai melanggar undang-undang.

Hari ini Sultan Brunei,Sultan Hassanal Bolkiah mengesahkan perlaksanaan undang-undang yang telah melalui perbahasan bertahun-tahun tersebut. Namun, cara perlaksanaan dan hukuman tersebut akan dimulakan secara berperingkat selama enam bulan.



Atas ridha Allah, dengan berlakunya undang-undang ini, maka tanggung jawab kita kepada Allah telah terpenuhi," kata Sultan seperti dilaporkan dari AFP.

Undang-undang tersebut menyebutkan bahawa hukuman rejam akan dikenakan pada penzina dan hukuman qisas digunakan untuk jenayah kecurian.

Brunei telah mempraktikkan dan melaksanakan undang-undang islam dan menjadi contoh yang harus di ikuti buat negara jirannya di Asia Tenggara, seperti Malaysia dan Indonesia. Peraturan ketat seperti penjualan dan pengambilan alkohol dilarang di Brunei. Hukuman sebat akan dikenakan bagi mereka yang melakukan kesalahan tersebut.

Hampir 70% penduduk Brunei merupakan bangsa Melayu beragama Islam, sementara sekitar 15% lainnya adalah non-Muslim berbangsa Cina, termasuk warga asli Brunei dan bangsa lainnya.

Dengan hasil minyak dan gas milik Brunei di Laut China Selatan, Brunei merupakan salah satu negara dengan taraf hidup yang tinggi.Rakyat diberi kemudahan kesihatan dan pendidikan percuma, bahkan hingga keperingkat pendidikan tinggi.

Kesultanan Brunei telah menerapkan ajaran Islam sejak awal berdirinya enam abad yang lalu. Namun, selama ini penerapan undang-undang syariah di negara kaya dengan minyak itu hanya sebatas urusan sivil dan perkahwinan.Penerapan Islam bermula sejak beberapa tahun kebelakangan ini, termasuk kewajipan pendidikan agama bagi seluruh anak yang beragama Islam.

Pada tahun 1996, Sultan memerintah agar dibuatnya sebuah undang-undang jenayah berdasarkan syariah Islam. Setelah 17 tahun, undang-undang tersebut akhirnya dilaksanakan hari ini.

Catat Ulasan

PERINGATAN: kembara Hadi tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.