PERIHAL mengenai
pembunuhan anak yang tidak
berdosa, dirangkaikan oleh al-
Quran dalam surah al-Takwir
ayat satu hingga lapan dengan
peristiwa-peristiwa besar yang
akan terjadi seperti
kehancuran matahari,
bintang-bintang berjatuhan,
gunung-gunung dihancurkan,
lautan dipanaskan dan
dipertemukannya kembali roh
dengan badan.
Bersamaan dengan semua
itulah, al-Quran bertanya:
"Kerana dosa apakah dia
(anak perempuan) dibunuh
(dikuburkan hidup-hidup)?,
Yang pastinya, ayat terakhir
itu tidak bertanya siapa yang
membunuh kerana pada
hakikatnya sesiapapun
pelakunya, ia pasti telah
melakukan perkara yang
kejam, di luar batas-batas
perikemanusiaan dan
mendapat kemurkaan Allah
SWT.
Itu semua satu isyarat betapa
besarnya kebencian dan
kemurkaan Allah sehingga si
pelaku (pembunuh bayi) tidak
wajar untuk di pandang atau
diajak berdialog dengan Allah
SWT.
Namun yang ditanya
oleh ayat di atas adalah
'disebabkan dosa apakah anak
perempuan itu dibunuh?'
Semacam ayat itu bukan
sahaja mengisyaratkan
larangan pembunuhan, tetapi
mengajak si pembunuh untuk
menyedari betapa buruk,
kejam perbuatannya serta
memahami mengapa dia harus
menerima hukuman.
Walaupun anak perempuan
dikuburkan hidup-hidup pada
zaman jahiliah hanya terbatas
pada beberapa kabilah sahaja,
namun kecaman al-Quran
terhadap perbuatan keji itu
tidak terperi lagi sehingga
dikaitkan dengan kehancuran
alam.
Demikianlah juga apa yang
berlaku dalam masyarakat
kita hari ini, di mana
pembunuhan ke atas bayi-bayi
adalah sekadar ingin menutup
malu akibat perbuatan zina
yang mereka lakukan. Mereka
malu kepada ahli masyarakat
tetapi tidak pada Tuhan.
Perbuatan mereka tidak jauh
bezanya dengan hubungan
yang terjadi di dunia atau
alam binatang. Siapa saling
suka, ia akan melakukan apa
sahaja.
Manusia sebagai makhluk
yang terhormat sepatutnya
tidak layak untuk menempuh
kehidupan seperti haiwan
dalam memenuhi hajat
biologinya.
Sesungguhnya
Allah SWT telah
mensyariatkan pernikahan
dengan syarat dan rukunnya
bagi tujuan menyucikan
hubungan antara dua insan
yang telah berniat untuk
menjalinkan hubungan suami
dan isteri.
Inilah perlindungan yang
paling efektif bagi mengelak
fenomena zina yang melanda
dari pelbagai sudut kehidupan
hari ini.
Seingat kita pada zaman
jahiliah, yang dibunuh atau
yang ditanam hidup-hidup
adalah anak perempuan,
tetapi kini yang dibunuh
adalah anak lelaki dan juga
anak perempuan. Di zaman
itu, anak yang akan
dikuburkan hidup-hidup akan
dihiasi terlebih dahulu, tetapi
sekarang pembunuhan anak
dilakukan sewenang-
wenangnya - dibuang dan
dibakar.
Sungguh ironis dan
kejam.
Kalau zaman jahiliah mereka
membuang bayi-bayi
perempuan yang dianggap
memalukan keluarga mereka,
tetapi sebaliknya apa yang
berlaku pada zaman di mana
Islam telah bertapak dan
berkembang maju dengan
kukuhnya, bayi-bayi
perempuan mahupun bayi
lelaki dibuang sekali gus
menjadikan bayi sebagai sama
taraf dengan sampah.
Di manakah perikemanusiaan
dan harga diri atau maruah
masyarakat sekarang jika bayi
yang tidak berdosa itu yang
sepatutnya dibelai dengan
kasih sayang dibuang begitu
sahaja.
Berkali-kali al-Quran dan
sunnah memperingatkan
betapa bernilainya hidup
makhluk Allah SWT.
Jangankan manusia yang telah
menginjakkan kaki di persada
bumi, janin yang baru berada
dalam perut ibu pun,
walaupun masih dalam proses
awal, bahkan binatang dan
tumbuh-tumbuhan dilarang
untuk dicabut hidup-hidup
kecuali berdasarkan
ketentuan yang dibenarkan
Allah SWT.
Dalam Islam adalah menjadi
tanggungjawab masyarakat
untuk mendidik anak-anak.
Sikap tidak bertanggungjawab
dan tidak mahu memelihara
anak-anak sebenarnya
melambangkan sikap tidak
berperikemanusiaan.
Sedangkan haiwan sayangkan
anaknya, inikan pula manusia
yang perlu bertanggungjawab
untuk memelihara zuriatnya.
Pada zaman jahiliah yang
lampau, anak dibunuh oleh
mereka yang tidak
berpengetahuan dan yang
belum mengenal apa yang
dinamakan hak asasi manusia.
Tetapi semasa zaman jahiliah
moden ini, anak dibunuh oleh
ibu bapa yang
berpengetahuan.
Apapun alasan pelaku
pembunuhan bayi, ia
sebenarnya lebih buruk dan
kejam daripada alasan
mereka yang terpaksa
melakukan pembunuhan bayi
pada zaman jahiliah.
Sebagai anggota masyarakat
dan atas peranan kita sebagai
hamba Allah, kita turut
bertanggungjawab untuk
sama-sama mencari jalan dan
kaedah yang berkesan untuk
menangani gejala sosial yang
serius ini.
Ada pihak yang mahu
peraturan undang-undang dan
hukuman lebih berat
dijatuhkan ke atas pelaku.
Ada juga pihak mencadangkan
agar institusi keluarga
diperkukuhkan.
Ini langkah-langkah yang
perlu. Namun, faktor agama
perlu diutamakan. Ia meliputi
aspek pendidikan (baik dalam
keluarga, di sekolah atau
melalui dakwah) serta
kempen besar-besaran
melalui saluran sesuai agar
masyarakat lebih faham dan
sama-sama berperanan
menangani gejala ini secara
Islamik.
Kita juga perlu menyediakan
pintu taubat kepada mereka
yang menyesali perbuatan
mereka dan ruang yang lebih
besar kepada pihak NGO
dalam usaha menyelamatkan nyawa bayi yang tidak berdosa sejajar dengan matlamat -
Sumber: utusan malaysia