Wanita hadir dalam setiap
persoalan hidup lelaki,
wanita adalah mehnah,
tangani wanita dengan
berhikmah,
kerana wanita punca fitnah.
Namun...
wanita bagaikan lilin dalam
tiap rumah tangga,
dialah kejora yang menaungi
bahtera cinta,
dalam setiap nafas seorang
suami,
wanita...
diciptakanmu sebagai
pelengkap alam,
jua penaung cinta,
kau srikandi penuh
kelembutan,
penghapus duka..pelara
segala derita,
tanpamu dunia sepi tak
bererti,
tanpamu hilang penawar
dihati,
engkau permata cinta
dambaan lelaki,
mahkota jiwa seorang suami,
engkaulah permata yang
dicari.
Wanita...
dikaulah adinda yang dicari,
dikaulah permaisuri yang
diimpi,
dikau jua bonda yang dinanti,
aku mengharap dirimu,
duhai insan yang bernama
wanita,
kerna aku menghargaimu
wanita.
Selamat Melayari Kembara Hadi
Contact Us
Perjalanan Menuju Kebenaran
2 ulasan
-
Tanpa Nama 26 Mac 2010 pada 8:36 PTGnice words....=)
-
nurmisnan 1 Julai 2010 pada 9:43 PTGsalam
thanks for sharing here...
Bukan semua lelaki dapat menghargai seorang wanita
lagi2 bila sudah menjadi isteri.
Catat Ulasan
PERINGATAN: kembara Hadi tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.