Selamat Melayari Kembara Hadi Contact Us

Secangkir tinta buat kawan

Antara Pencarian & Pertemuan

Kawan…
Amat mudah untuk mengungkap perkataannya,
Tapi cukup payah untuk menemuinya,
Dan amat sulit sekali untuk
Mendekatinya,menghampirinya,
Apatah lagi mengenalinya.

Ku bertanya sendiri…
Dimanakah dikau duhai kawanku,
Kawan sejati peneman setia,
Menangis bersama dikala sulit,
Berpegang ikrar sehidup semati,
Sanggup bekorban walau terkorban nyawa.

Kawan…
Kucari dirimu disetiap pelusuk alam,
Dimana engkau sembunyikan dirimu,
Kehadiranmu kudambakan,
Walau lelah menghambat rasa,
Walau payah menggoda sabar,
Kehadiranmu amat kunantikan.

Kawan…
Telah ku jelajah segenap ruang,
Mencari dirimu sang pengusir derita,
Namun kutemui hanyalah kehampaan,
Berjuta kawan dikala gembira,
Yang datang hanya berkongsi tawa,
Lenyap menghilang tatkala duka menyapa,
Anehnya resam dunia.

Ku bersyukur pada yang maha pengasih,
Pencarian ini kau pertemukan,
Penantianku ini kau noktahkan,
Kurniakan aku seorang teman,
Yang terindah dipandangan hati,
sesempurna kejadian diri.
Datanglah kawan datanglah padaku,
Kan ku hargaimu selama hayatku,
Ku pahat dihati segala jasamu,
pengorbananmu ukiran abadi di jiwaku,
tenangku hadir seiring muncul.

Kawan…
Hadirmu umpama bulan diriba,
Membawa tongkat buat sibuta,
Engkau penghibur engkaulah laraku,
Kau terangi jalan gelitaku.
Seandainya budimu tak daya kubalas,
Ingatlah wahai kawanku,
Jasa budimu tak sekuman ku abaikan,
Kan ku simpan ia dilaman kenangan,
Agar tercatit sebuah ikatan,
Bahawa dikau semulia insan

1 ulasan

  1. Pernah kita kecewa hanya
    kerana kawan. Kerana kita
    telah berjanji akan setia
    bersama seiring menerjah
    onak dan duri. Kita berjanji
    akan terus bersama walau
    seribu halangan yang
    bertandang. Berkawan banyak
    nikmatnya. Limpah
    kenangannya. Berkawan
    mampu menghiburkan hati
    yang selalu gundah gulana
    kerana kawan adalah teman
    bercanda dikala duka,
    pengubat segala sengsara.
    Kawan takkan lupakan
    temannya. Kawan takkan sia-
    siakan sahabatnya.
    Namun benarlah kata
    pepatah, langit tak selalunya
    cerah..pasti akan ada
    mendungnya jua.
    Dalam hidup ini, kita
    janganlah terlalu mengharap
    pada kawan, kerana kekadang
    kawan menjadi teman bicara
    dan kekadang menjadi teman
    sengketa.
PERINGATAN: kembara Hadi tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.