Selamat Melayari Kembara Hadi Contact Us
Catatan

Bercinta sebelum atau selepas kahwin, yang mana satu anda pilih?

Apa maksud cinta? Ramai yang mengaku sedang dilamun cinta, tetapi tidak memahami dengan sebenar apa maksud cinta. Cinta hanyalah sebuah perasaan. Sama seperti perasaan gembita, takut, sedih, bangga, hormat dan lain-lain. Maka apakah istimewanya cinta ini? Semua perasaan yang diciptakan oleh Allah, semuanya mempunyai keistimewaan yang tersendiri yang mempunyai "bidang tugas" masing-masing dalam mengawal pergerakan hati-hati manusia. Contohnya, perasaan takut akan menyebabkan jantung kita berdegup dengan lebih pantas. Manusia yang "diserang" perasaan takut akan menjadi berdebar-debar dan tidak senang duduk.Perasaan gembira pula selalunya akan menyebabkan hati lebih tenang. Jantung berdegup pada kadar degupan yang selesa.

Pada kali ini, saya hanya ingin membicarakan soal cinta, memandangkan ramai yang masih buta. Ramai antara yang keliru dan bertanya, salahkah bercinta? Kali ni biarlah saya olah dalam bentuk yang lebih mudah difahami. Bagi menjawab persoalan tersebut, ingin saya timbulkan satu persoalan yang lain. Salahkah berlumba motosikal? Kita lihat bagaimana golongan-golongan pelumba haram ini begitu bermaharajalela di jalanan, berlumba tanpa menghiraukan keselamatan diri dan orang lain. Adakah salah perbuatan mereka? Ya, salah. Tetapi bukanlah lumba motosikal itu yang salah, tetapi perbuatan mereka menggunakan jalan raya yang terbuka kepada umum sebagai gelanggang perlumbaan itulah kesalahan mereka.

Tetapi bagaimana jika demi minat mereka, mereka  sanggup korbankan sedikit wang untuk menyewa sebuah  litar khas untuk berlumba. Mengorbankan sedikit wang untuk membeli alat-alat keselamatan sebagai langkah berjaga-jaga ketika berlumba. Adakah mereka salah? Tidak... Samalah seperti cinta.Perkahwinan ibarat sebuah litar perlumbaan. Cinta sebelum berkahwin adalah ibarat berlumba di jalan raya yang terbuka yang merupakan satu kesalahan di samping bahaya yang sentiasa menunggu. Cinta selepas berkahwin ibarat berlumba di dalam litar. Ianya lebih selamat, tidak melanggar undang-undang dan lebih seronok dan bahagia.

Cinta sebelum berkahwin adalah perbuatan si pengecut yang tidak berani memikul tanggungjawab apabila bercinta. Some people may say that, untuk berkahwin dengan seseorang, kita perlu kenal dahulu dengannya.

Ya, ini betul. Siapa kata kita mesti berkahwin dengan orang yang kita tidak kenal? Tapi perlu ditegaskan di sini, tidak sama antara "kenal" dengan "cinta".  Kita boleh kenal seseorang tanpa kita bercinta terlebih dahulu.

Sebagai contoh, ingin saya timbulkan satu persoalan di sini. Adakah anda mempunyai musuh? Jika ya, adakah anda kenal musuh anda? Sudah tentu anda kenal musuh anda. Tetapi apabila anda kenal musuh anda, tidak bermakna anda bercinta dengan dia. Betul? Begitu juga apabila anda bercinta. Jika anda bercinta, belum tentu anda kenal dia. Ramai orang yang bercinta sebelum berkahwin hanya menyedari perangai sebenar pasangan mereka selepas berkahwin. Ini bermakna, ketika bercinta, mereka hanya nampak kebaikan pasangan mereka dan lupa akan segala keburukannya. Betul?

Jika hanya nampak kebaikan,ini bukanlah bermakna "kenal". Kenal bermaksud, kita faham dan tahu setiap baik dan buruk seseorang itu. In short, sebelum berkahwin, kita perlu kenal pasangan kita terlebih dahulu, bukan bercinta terlebih dahulu. Kerana itulah kita ada kaedah merisik, supaya kita kenal pasangan dengan betul-betul. Jika kita cuba berkenal melalui cara cinta, syaitan akan menutup pandangan kita daripada melihat keburukan pasangan sehingga kita nampak si dia begitu sempurna.

Satu lagi persoalan lain. Ada orang lain juga bertanya, cinta ni fitrah manusia. Kita tak boleh tolak. Memang saya akui. Cinta itu fitrah. Tidak boleh ditolak, tetapi boleh DIKAWAL. Mengapa ada orang tidak boleh mengawal perasaan cinta? Jawapannya kerana selalu melayan perasaan cinta. Unsur-unsur "cinta" dalam filem-filem dan lagu-lagu telah menyebabkan hati-hati manusia semakin hari semakin parah dengan perasaan cinta yang salah.

Sedarlah wahai sahabat-sahabatku, bezakanlah antara cinta suci dan cinta nafsu. Cinta nafsu sering merosakkan dan melemahkan. Teringat saya pada lirik sebuah lagu yang membicarakan mengenai cinta. Ingin saya petik sebahagian daripada lirik lagu ini.... Dua Dunia: Too Phat ft Datuk Siti Nurhaliza. "Kenapa bercinta jika kesudahannya pasrah, kerna bila dilamun indahnya tidak terkata...". Demikianlah, sebahagian daripada lirik lagu tersebut.Kepasrahan yang lahir daripada cinta nafsu telah diakui dan disedari oleh ramai manusia. Hanya kerana keseronokan yang sementara, manusia melupakan kekecewaan yang bakal menunggu di penghujungnya. Berapa ramai anak-anak muda yang kecundang dalam pelajaran kerana cinta nafsu ini. Berapa ramai juga tokoh-tokoh terkemuka dunia yang hancur karier kerjayanya kerana cinta nafsu ini.

Cinta nafsu ibarat kurap. Makin digaru makin sedap. Tetapi kurap yang digaru itu semakin lama semakin parah dan membinasakan walaupun rasa "sedap" seketika ketika digaru.... Begitulah cinta nafsu yang hanya menjanjikan keseronokan sementara yang akhirnya menuju kekecewaan. Cinta sebelum berkahwin hanya menjanjikan keseronokan sementara yang mengecewakan. Cinta selepas berkahwin pula datang bersama

tanggungjawab yang perlu dipikul yang akan mematangkan pasangan disamping menjanjikan keseronokan yang diikat bersama kesetiaan. In conclusion, cinta yang suci hanyalah cinta selepas perkahwinan................

P/S: ada pendapat?

8 ulasan

  1. setuju :) , lebih berbunga kalau bercinta selepas kawin ;)
  2. salam mr. hadi
    kadang2 tak blh nak kata juga
    ada yg bercinta (cinta monyet) sejak sekolah rendah lagi till mereka bernikah. bahagia juga

    sebelum kahwin tp cinta cuma 3 bulan. mcm aku. happy dan makin dalam cinta itu.

    setelah berkahwin, bkn semua blh terima kerana tidak mengenali si dia sblm berkahwin. ada baik ada buruk juga.

    apa yg penting sentiasa berdoa setiap hari dgn bersungguh2 agar mendapat jodoh yg akan mencintai kita buat selamanya.. amin

    a
  3. wslm Nur. Setuju pendapat Nur. Cuma bagi saya lebih afdal bercinta selepas kahwin :) mengetahui sikap pasangan kita sebelum kahwin pun 1 kewajipan. Apa yang terpenting kita tahu batas2 dalam pergaulan :)
  4. bercinta selepas kahwin lg nikmat rase ny .betul x ?
  5. hmm.. selepas might be better...
    jom jawab persoalan yang timbul...
    entry : Anda sebagai orang yang boleh berkahwen lebih dari 1 dan ...... http://since-8-july.blogspot.com/2010/07/persoalan-cuba-anda-jawab.html
  6. huhu due2 ader prons n cons..n yang penting, jOdoh di tangan Tuhan~ xkire bercinte sebelum o slepas kawen pOn, yang pastinyer kite kene tau n sedar- kite hanya mampU merancang tapi Tuhan yang menentUkan- renung2kan n selamat bercinte haha tp yang pastinyer cinte kepada Allah lebih hakiki :D
  7. Sy stju pndpt hadi...
    org muda skrg rmi brcinta krn nfsu smta-mata.
    yg sdihnya kdg2 trdpt psgn yg mngtakan mreka brcinta krn Allah, sdgkn prbuatan tdk slari dgn niat. Hanya mmprgunakan nama Allah utk mnghalalkan cra.

    sy mgharpkan cinta slps kawen:).insyaallah ianya kkal abadi.
  8. Bersetuju! Cinta selepas kahwin lebih bermakna. Mengajar erti tanggungjawab, kenal luar dan dalam diri pasangan.

    Memilih untuk bercinta selepas kahwin :), InsyaAllah...
PERINGATAN: kembara Hadi tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.