Alhamdulilah pejam celik pejam celik maka tibalah waktu yang di tunggu ,bulan yang di tunggu. Ramadhan... Penumpuan terhadap puasa Ramadhan yang hanya datang sekali setahun adalah besar dan memuncak;apalagi perhatian terhadap perilaku Junjungan Nabi Muhammad s.a.w di bulan yang maha berkat ini; dan sekaligus menyentuh peristiwa-peristiwa sejarah dan As-sunah yang diamalkan Nabi s.a.w. Antara peristiwa-peristiwa itu ialah 17 Ramadhan iaitu Malam Nuzul(Turunnya) Kitab Suci Al-Qur'an dari Langit Dunia kepada Junjungan s.a.w.,turunnya Jibriil 'a.s. untuk mentadaruskan Al-Qur'an dengan Nabi s.a.w. di tahun akhir hayat beliau.
Juga di bulan yang mulia ini berlakunya Peperangan Badar Al-Kubra yang menumpaskan orang-orang kafir Musyrikin, 17 Ramadhan di Tahun Kedua Hijrah,seterusnya Penaklukan atau Kemenangan ke atas Kota Mekah,berlaku di bulan Ramadhan di Tahun Kelapan Hijrah; juga peristiwa menghancurkan berhala-berhala di Ka'bah dan di luar kota Mekah sehingga agama Tauhiid tampak nyata dan jelas. Bila kedatangan musim Haji hanya sekali setahun dan dilakukan oleh orang-orang Islam,maka begitulah juga Ramadhan perlu disambut dengan penuh gembira dan persiapan yang berupa ulangkaji terhadap matlamat,rahsia dan tuntutannya perlu dipenuhi dengan penuh erti.
Sebenarnya masih ramai kalangan umat Islam yang belum memahami matlamat atau tujuan berpuasa bagaiman yang disebutkan dalam Al-Qur'an : "Wahai orang-orang yang beriman,diwajibkan keatas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan keatas orang-orang yang sebelum kamu,agar kamu bertakwa (Al-Baqarah: 183) "Bertakwa" adalah bererti "memelihara diri dari terjerumus ke dalam kemurkaan Allah" Saya berharap dan berdoa mudah mudahan kita semua dapat melalui ibadah puasa dengan sempurna. Selamat berpuasa saya ucapkan. Sebagaimana kita mencontohi Rasulullah s.a.w dalam solat kita dan dalam ibadah haji kita juga seluruh ibadah dan ketaatan kita,maka sebegitulah kita diwajibkan meniru dan mencontohi beliau dalam puasa kita,ibadah solat kita dan seluruh keperihalan kita dalam bulan Ramadhan dan di luar Ramadhan.
Selamat menjalani ibadah puasa :)