Orang yang sudah sesat menuduh orang yang tidak sesat sebagai sesat Teraniayalah orang yang tidak munafik terzalimlah orang yang tidak sesat Pembuat-pembuat bid'ah menuduh orang yang berjalan di atas As Sunnah sebagai pembuat bid'ah, kerana sudah ramai yang tidak ikut As Sunnah. Yang mengikut As Sunnah dipercayai orang ramai pembuat bid'ah.
Teraniayalah pula pengikut- pengikut As Sunnah, dianggap bid'ah.Orang-orang baik dianggap jahat, penjahat-penjahat dianggap baik Kerana orang yang baik terlalu sedikit mereka terpinggir, terpinggir ertinya jahat pada pandangan ramai.
Orang yang ada jawatan tinggi cakapnya dianggap benar dan sah belaka Rakyat jelata walaupun benar, cakapnya tidak ada harga, tidak diambil kira sekalipun dia seorang yang soleh Jawatan tinggi yang menentukan salah benar sesuatu masalah Bukankah terkeliru dibuatnya di dalam mencari kebenaran?
Begitulah watak akhir zaman, yang sudah jauh dari Rasul Sungguh susah hendak mencari kebenaran, macam hendak mencari gagak putih atau merah. Tunjukkanlah kami ya Allah jalan kebenaran Agar kami tidak sesat jalan menuju Engkau Ya Allah selamatkan kami.