Selamat Melayari Kembara Hadi Contact Us

Bintang-Bintang Bola Sepak Dunia Yang Beragama Islam

Bintang-Bintang Bola Sepak Dunia Yang Beragama Islam Sukan - lebih-lebih lagi bola sepak lazimnya melepasi sempadan agama dan bangsa. Malah,dalam banyak keadaan ia juga menjangkaui sempadan politik dan bangsa. Atas sebab itulah apabila be...
Sukan - lebih-lebih lagi bola sepak lazimnya melepasi sempadan agama dan bangsa. Malah,dalam banyak keadaan ia juga menjangkaui sempadan politik dan bangsa.

Atas sebab itulah apabila bercakap tentang bintang-bintang sukan,khususnya di peringkat antarabangsa,kita jarang peduli pada agama atau bangsa keturunannya. Kerana itu juga kita mungkin tidak menyedari bahawa selain Zinadine Zidane, bekas kapten pasukan Perancis yang pernah di nobat sebagai pemain terbaik dunia sebanyak tiga kali itu serta Mesut Ozil (Jerman), Samir Nasri (Perancis) dan beberapa orang lain ramai lagi di kalangan bintang-bintang bola sepak kelas satu dunia beragama islam.



Zinadine Zidane
Tidak ramai juga yang tahu bahawa dua adik beradik handalan yang pernah mewakili pasukan Perancis, Lilian dan Henry Thuram beragama Islam.

Berikut ialah senarai sebahagian daripada nama-nama besar dalam arena bola sepak antarabangsa yang beragama Islam :

Gai Yigaal Assulin - bekas pemain tengah Manchester City yang pernah beraksi di kelab Barcelona. Merupakan warga negara Israel,  tetapi bapanya berasal dari Libya.


Gai Yigaal Assulin
Nicolas 'Bilal' Anelka - bekas pemain Perancis dan penyerang Chelsea. Sering dilihat mengunjungi masjid Manchester.



Nicolas 'Bilal' Anelka
Bruno Metsu - bekas jurulatih pasukan Senegal dan Qatar. Beliau memeluk Islam semasa berada di Senegal.



Franck Ribery - memeluk Islam pada tahun 2002 dan berkahwin dengan seorang gadis arab.


Franck Ribery
Phillipe Troussier - bekas pemain Perancis yang terkenal dan pernah melatih pasukan Jepun. Kini menetap di Maghribi dan menggunakan nama Omar, manakala isterinya Dominique menggunakan nama Aminah.



Phillipe Troussier
George Weah - bekas pemain terkenal Liberia. Lahir sebagai Islam dan bersekolah agama, tetapi dilaporkan memeluk Kristian bagi mengambil hati nenek yang membesarkannya. Kemudian kembali memeluk Islam. Kini seorang aktivis politik dan kemanusiaan.



George Weah
Zlatan Ibrahimovic - Penyerang kesayangan pasukan Sweden. Bapanya seorang Islam dari Bosnia manakala ibunya penganut Katholik dari Croatia.



Zlatan Ibrahimovic
Frederick Kanoute - bekas pemain Mali yang banyak beraksi dalam liga-liga utama Eropah. Sering dilihat membaca doa kesyukuran selepas menjaringkan gol. Membeli sebuah masjid di Seville untuk kegunaan umat Islam di sekitarnya.



Frederick Kanoute
Rami Shaaban - bekas penjaga gol Arsenal yang pernah beraksi bersama pasukan kebangsaan Sweden.



Rami Shaaban
Khalid Boulahrouz - pemain pertahanan pasukan Belanda yang digelar Khalid der Kannibale (The Cannibal) kerana keupayaannya 'meratah' serangan lawan.



Khalid Boulahrouz
Armand Traore - bekas pemain Arsenal yang kini beraksi untuk Queen Park Rangers. Kerap di lihat berdoa sebelum memulakan aksi di padang.



Armand Traore
Nacer Barazite - pemain kebangsaan Belanda yang juga beraksi untuk kelab Morocco.



Nacer Barazite
Lassana Diarra - pemain Perancis dan Real Madrid yang di segani.



Lassana Diarra
Selain nama-nama di atas, turut berada dalam senarai pemain bola sepak antarabangsa yang beragama Islam ialah Mesut Ozil,Nordin Amrabat, Hatem Ben Arfa, Zesh Rehman, Bakari Sagna, Ibrahima Sonko, Kolo Toure,Sulleyman Ali Muntari, Didier Domi, Phillipe Christanval, Peter Luccin, Eric Abidal, Solomon Kalou, Nathan Ellington, Lee Hughes, Samir Khedira, adik beradik Ayew (Andre, Abdrul Rahim, Imani, Jordan) serta bapa mereka Abedi Pele dan ramai lagi.

42 ulasan

  1. eh zidane pun beragama islam?
    1. Mesti la
    2. Ricardo kaka pun islam
  2. saya bru tahu yang zlatan ibrahimovic dan benzema 2 islam
  3. ekh benzema juga islam
  4. suarez and nasri kan islam uga
  5. Sagna dgn muntari pn islam ek..
  6. tuhan dah buka hati mereka untuk memeluk islam......
  7. demba ba juga, alhamdullillah..
  8. Cristiano ronaldo islam enggak?
    1. bukan..belum lg..tp dia rapat dgn mesut ozil..
    2. TIDAK
    3. Ibrahimmovik pn islam knapa tatu ada di badan
    4. Insyallah....ronaldo masuk islam.mari doakan ronaldo supaya masuk islam amin.....................
  9. Wo baik kalo cristiano ronaldo beragama islam
    1. ....Alhamdulilah kan
    2. YA,INSYA ALLAH RONALDO MEMELUK ISLAM AMIN YA RABBAL ALAMIN.......
  10. alhamdulillah . .
  11. lah ozil islam kan kok gk da?
  12. Bagaimana dgn yaya toure, dzeko, kedhira,serta mesut ozil
  13. Abu diaby (arsenal), ibrahim afellay (barca), osman (everton), pun islam jugak...
  14. alex; alexandro juga islam
    1. pemain anyar inter juga islam adnan namanya
  15. tapi lebih bagus semua pemain class dunia semua islam
    1. Ea kn
  16. apakah robin van persi juga islam..?
  17. van persie???
  18. van Persie islam
  19. Saya jg islam kok.
  20. i'm proud to be a muslim
  21. Safee sali juga...
  22. ozil bukan islam lah ade tato kat tangan dia..
  23. dan dia ade 2 ekor anjing
  24. Ozil ni islam tapi bertatu di lengan..
  25. Ape nk heran dgn tatoo..kt msia pun ramai yg bernama dollah.razak.brahim.rahim...tapi bertatoo.cuma beza pd saiz & bentuk aje.
  26. Tak silap saya , ozil bertatoo sebelum masuk islam.
  27. Ozil masih bertatoo...ibrahimovic jgak...didier drogba yg islam...knpe tiada nama nye..
  28. Mesut ozilkan ada tattoo betul ke dia islam, dia ada tman wanita yg bukan islam kan?
    1. karim benzema we love you
  29. Adnan Janujaz ????
  30. informasinya mantab gan
PERINGATAN: kembara Hadi tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.