SpongeBob Squarepants, kartun yang berkisah tentang kehidupan lucu di dasar laut, termasuk dalam senarai kartun dan filem anak-anak yang akan dilarang tayang itu.
Kajian perihal ini dilakukan oleh Suruhanjaya Nasional Ahli untukPerlindungan Moral Awam Ukraine. Dalam laporan yang dikeluarkan Suruhanjaya itu baru-baru ini, ahli psikologi Irina Medvédeva mengatakan bahawa kartun-kartun itu membuatkan kanak-kanak Ukraine yang berusia 3-5 tahun jadi kerap berkelakuan pelik dan tidak pada tempatnya.
"(Mereka) menarik-narik muka dan membuat lelucon di depan orang dewasa yang tidak mereka kenal, ketawa dengan keras dan mengulangi ayat-ayat yang tidak masuk akal tanpa rasa segan dan malu sedikitpun," kata Medvédeva dalam laporan itu seperti dipetik Yahoo! News .
Akhbar Ukraínskaya Pravda hari Khamis lalu melaporkan, selain SpongeBob Squarepants, beberapa tayangan kanak-kanak lain yang akan dihentikan itu termasuk Family Guy, Futurama, Pokemon, The Simpsons, dan Teletubbies. Semuanya dianggap bertujuan merosakkan keluarga dan mempromosikan ubat-ubatan terlarang dan hal-hal berbahaya yang lain.