Selamat Melayari Kembara Hadi Contact Us

Pembukaan Kedai Paris Hilton di Makkah dikecam Hebat

Pembukaan kedai baru di kota Makkah oleh wanita Amerika dan pewaris hotel, Paris Hilton, mengundang kecaman oleh umat Islam di seluruh dunia, menggambarkan langkah itu sebagai penghinaan terhadap kota suci seolah-olah tidak ada tempat lain untuknya membuka butik mewah tersebut.

Walaupun kewujudan barang-barang dari Barat bukan perkara baru di Mekah, kehadiran kedai milik Paris Hilton yang terkenal dengan imej buruk tentunya mengundang reaksi keras daripada beberapa pihak.

"Tidak perlu melihat perniagaan mereka di sini kerana kita tidak memerlukannya," kata Sheikh Adnan Baharith, seorang mubaligh di Makkah kepada CNN, sebagaimana disiarkan onislam.net, Rabu 21 November.

Jika (kuasa) itu di tangan kami, kami akan menutup semua kedai-kedai di Saudi

Hilton telah membuka sebuah kedai yang menjual beg dan barang-barang mewah di bandar suci Makkah awal minggu ini. Kedai Hilton di Makkah Mall adalah kedainya yang kelima di Saudi Arabia dan kedai ke-42 di seluruh dunia.

Suka dengan kedai baru saya yang indah yang baru saja dibuka di Makkah Mall di Arab Saudi," tulis Hilton di akaun Twitter-nya.

Ini adalah kedai ke 5 di Arab Saudi, dan kedai nombor 42 secara keseluruhan! Bangga untuk jenama saya terus membesar!

Reaksi juga muncul di dunia maya, dengan pelbagai kritikan pedas mengarah tidak hanya kepada Paris Hilton, tapi juga kerajaan Saudi.

Tidak dapat diterima untuk melihat seorang wanita seperti itu membuka kedai di sini," tulis seseorang di Twitter.

Sementara itu Laila Lalami, seorang penulis asal Maghribi yang berpusat di Los Angeles, AS, menulis melalui akaun Twitter, "Tempat-tempat agama di Madina dihancurkan, sementara itu Paris Hilton membuka kedai baru di Makkah Mall

Raja Abdullah dari Saudi Arabia telah mendapatkan banyak kritikan berkaitan pemodenan yang dilakukannya khususnya di 2 kota suci, Mekah dan Madinah. Beberapa tempat bersejarah dimusnahkan untuk dibina bangunan yang baru.

Butik mewah yang kelima di Asia barat itu terletak di Jalan King Abdullah Bin Abdulaziz. Asia Barat merupakan antara sasaran Paris dan setakat ini, terdapat 40 buah butik Paris Hilton dibuka di seluruh dunia. Antara produk jenamanya ialah minyak wangi, beg tangan, jam dan kasut.

Paris dilaporkan memperolehi pendapatan lebih $10 juta dolar setahun hasil jualan butik berkenaan.Jumlah asetnya pula dianggarkan sebanyak $100 juta dolar.

2 ulasan

  1. Ini adalah satu penghinaan,dan salah 1 rancangan kafir lakhnattullah untuk menghancurkan akidah umat islam..setelah pakaian2 yg berjenama dan yg menunjukkan aurat sudah di buka di kota suci orang islam,maka senang la bagi mereka untuk mempenggaruhi fikiran,jiwa dan menggugat keimanan orang islam.
  2. di akhir zaman ini yahudi dan nasrani tlh berhasil mendekati muslim dgn tujuan sedikit demi sedikit agar umat islam terjerumus ke jalan yg sesat melalui eraglobalisasi dunia.mereka sangat hebat dan licin...
PERINGATAN: kembara Hadi tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.