Selamat Melayari Kembara Hadi Contact Us

Pemain muda muslim ini pesaing hebat kepada Messi

Senarai pemain bola sepak Muslim yang 'bersinar' di liga Eropah kini bertambah. Yasin Brahimi pemain tengah Perancis dan sekarang ini bermain di kelab Granada FC (dipinjamkan dari kelab Rennes) Liga Sepanyol, dianggap sebagai pesaing kuat bola sepak dunia terkenal berasal dari Argentina, Lionel Messi dalam "kemampuan dribbling" terbaik, versi BN Sport TV Perancis.

Brahimi mendapat sorotan setelah dia menunjukkan kemahiran bola sepak yang sangat baik. Dia menduduki tempat ketiga dalam 30 teknik dribbling. Brahimi mengalahkan pemain seperti Cristiano Ronaldo, bintang Real Madrid dan Radamel Falcao penyerang Atletico Madrid.



Beberapa laporan mengatakan, kecekapan pemain dilahirkan di Paris (selepas itu mereka sekeluarga berhijrah ke Algeria), membuat Granada fc berfikir untuk melanjutkan kontrak selama tiga musim berikutnya dengan nilai 300 ribu Euro.



Presiden Kelab Granada, memberi hadiah kepada Brahimi setelah dia dipilih oleh fans Granada sebagai pemain terbaik selama beberapa bulan terakhir.

Brahimi memiliki kewarganegaraan Algeria dan Perancis. Dia bermain dengan semua pasukan kebangsaan untuk kedua-dua negara tersebut. Dia telah memutuskan tidak bermain untuk pasukan kebangsaan Perancis, dan memilih bermain untuk pasukan kebangsaan Algeria dalam perlawanan persahabatan bulan depan.

Catat Ulasan

PERINGATAN: kembara Hadi tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.