Selamat Melayari Kembara Hadi Contact Us

Michael Jackson telah masuk Islam sejak 2007

Berita tentang keislaman Raja Pop Michael Jackson masih menjadi kontroversi. Jermaine Jackson iaitu saudara Michael Jackson menegaskan bahawa Michael Jackson sudah menjadi Muslim dua tahun sebelum beliau meninggal dunia.

"Saya yakin Michael memeluk Islam dan tidak mengumumkannya sebelum dia meninggal dunia pada tahun 2009," tegas Jermaine kepada media British (03/06/2013).



Lelaki yang yang masuk Islam di Saudi pada tahun 1990-an dan memakai nama hijrah Muhammad Abdul Aziz ini mendedahkan, keislaman Michael Jackson itu bermula dari buku-buku keislaman yang dihadiahkannya.

"Saya ingat peristiwa dua tahun sebelum Michael Jackson meninggal, ketika saya berada di Saudi untuk menunaikan umrah. Saya membeli 6 buah buku rohani tentang Islam dari Mekah. Lalu buku-buku itu saya hadiahkan kepada Michael setelah pulang ke Amerika, "terangnya.

"Michael menyembunyikan Islam di dalam hatinya dan tidak mengumumkannya. Saya yakin anak-anak Michael juga memeluk Islam dan menyembunyikannya, " katanya lagi.



Jermaine yang kini tinggal di Dubai mendedahkan kenapa dirinya boleh masuk Islam. Hidayah Ilahi bermula ketika dia bertanya-tanya dan mencari jawapan tentang misteri ketuhanan Isa dan berbagai doktrin Kristian. "Saya mempunyai pertanyaan-pertanyaan yang membingungkan yang selalu saya cari jawapannya, terutama yang berkaitan dengan Kristian dan Isa 'alaihissalam dan saya telah dapat jawapan yang memuaskan setelah saya masuk Islam, "katanya.



Wallahu'alam bissawab والله أعلمُ بالـصـواب

Catat Ulasan

PERINGATAN: kembara Hadi tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.