Selamat Melayari Kembara Hadi Contact Us

Sebab pemain tengah Real Madrid ini masuk Islam

Pemain Bola Sepak berasal dari Perancis, Julien Faubert yang juga merupakan pemain tengah Real Madrid mendedahkan alasan disebalik keputusannya memeluk Islam. Dia berkata bahawa hubungannya dengan rakan yang beragama Islam semasa remaja telah membawanya untuk mendalami dan mencari tentang agama ini, dan akhirnya dia memutuskan untuk masuk Islam setelah dia berasa dirinya selesa dengan Islam.

Dia berkata, pada awalnya dia berasa kagum dengan keperibadian dan moral sebahagian besar rakan-rakannya yang beragama Islam yang tinggal di bandar Le Havre. Jelasnya lagi, moral rakan-rakannya itu membuatnya ingin mengetahui lebih dalam lagi tentang kehidupan peribadi mereka.



Pemain yang berkahwin dengan seorang wanita Islam berasal dari Algeria itu dalam wawancara dengan surat khabar Pernacis "L'Equipe", "saya akhirnya mendapati bahawa sumber keperibadian dan moral kawan-kawan saya itu yang menerapkan ajaran Islam dalam kehidupan, dan inilah yang mendorong saya untuk mendalami agama ini dan mencari nilai-nilai etika yang sangat tinggi dan juga nilai-nilai toleransi."

Faubert menekankan bahawa kepelbagaian budaya telah memberikan sumbangan yang sangat penting dalam pemahaman agamanya, termasuk isterinya yang berbangsa Algeria yang telah memberikan sumbangan yang penting terhadap pemahaman dan maklumat mengenai agama Islam.

Catat Ulasan

PERINGATAN: kembara Hadi tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.