Selamat Melayari Kembara Hadi Contact Us

Ingrid Mattson pemimpin organisasi Islam terbesar di Amerika

Ramai yang bersetuju bahawa Ingrid sangat tepat untuk memimpin Komuniti Islam Amerika Utara


Islamic Society of North America (ISNA) tepat sekali memilih Ingrid Mattson sebagai orang penting dalam organisasi itu.

Ramai yang bersetuju bahawa Ingrid sangat tepat untuk memimpin Komuniti Islam Amerika Utara, yang merupakan salah satu pemimpin agama yang kini cukup berpengaruh di Amerika Syarikat.

Tiada siapa yang menyangka bahawa mualaf ini akan memimpin sebuah organisasi besar dan berpengaruh di Amerika.Siapakah sebenarnya Ingrid dan bagaimana kisah hidupnya sehingga boleh menjadi muslimah tersohor?

Bersama kita telusurinya, insya’Allah.

Ingrid Mattson dilahirkan Kitchener, Waterloo, Ontario, Kanada pada 1964. Beliau lahir daripada keluarga yang mengamalkan fahaman Katolik Roma dan sangat taat. Waktu kecil beliau membesar sebagai anak yang rajin dan sentiasa ke gereja.

“Saya adalah kanak-kanak yang biasa dan sederhana,” ujar Ingrid dalam buku 'Seeking Truth Finding Islam’ (Kisah Empat Mualaf yang Menjadi Duta Islam di Barat) di halaman 44.

Walaupun beliau  membesar dalam lingkungan Kristian di Kitchener, Ontario, Kanada, di usianya yang ke 16 tahun, Ingrid memutuskan berhenti pergi ke gereja. Ketika itu Ingrid sempat menjadi atheis iaitu tidak mempercayai Tuhan.

Ingrid memilih untuk fokus menimba ilmu di Universiti Waterloo dan memilih jurusan Seni dan falsafah. Dan bermula daripada itulah dirinya mengenal cahaya Islam.

Di Jabatan Seni Rupa Universiti Waterloo, beliau berkelana ke pelbagai muzium sejarah dan seni. Tanpa dirancang, di Muzium Louvre yang berada di tengah Kota Paris, Ingrid berkenalan dengan beberapa Muslimah dari Senegal.

Mattson terpesona dengan ketulusan dan martabat yang dilihat daripada diri teman-teman Muslimnya itu.

Namun di saat para muslim tersebut menghadapi prasangka buruk di sekelilingnya. Dan perkara itulah yang kemudian membawanya untuk mempelajari Al-Quran.

“Mereka punya kebijaksanaan yang seimbang,” ujarnya.

Sejak itu, Ingrid mula menggali tentang ketuhanan dan keperibadian Muhammad melalui Al-Quran terjemahan.

Yang membuatkannya semakin tertarik dengan Islam adalah semua umat Muhammad tidak hanya mengikutinya hal beribadah, tetapi juga di dalam semua aspek kehidupan, bermula dengan kebersihan diri hingga cara layanan mereka terhadap anak-anak dan jiran.

Pada tahun 1986, Ingrid telah memutuskan bersyahadah dan menjadi muslimah dan beliau pun menukar pakaiannya dengan pakaian muslimah lengkap dengan bertudung. Waktu  itu, usianya baru mencapai 23 tahun.

Waktu pertama kali solat, Mattson sangat terkejut dengan perasaan yang hadir padanya iaitu rasa kedekatan yang sangat dengan ‘Tuhan yang telah hilang sejak remaja’ dari dalam dirinya.

“Tuhan tidak lagi ada di gereja, tetapi ada di mana-mana. Dia ada di alam, seni dan wajah-wajah muslimah yang ikhlas,” ujar Mattson.Pada tahun 1987, Mattson lalu memutuskan pergi ke Pakistan untuk menjadi sukarelawan kemanusiaan.

Selama berada di Pakistan, Mattson akhirnya bertemu seorang pemuda yang juga menjadi sukarelawan, Aamer Atek, seorang jurutera asal Mesir dan keduanya memutuskan untuk berkahwin.Mattson mendapatkan gelar P.H.D. Pengajian Islam dari Universiti Chicago pada tahun 1999.

Beliau terus menjadi sangat aktif dalam mendidik Muslim Kanada untuk menjadi peserta aktif dalam masyarakat Kanada. Hinggalah pada tahun 2001 Mattson terpilih menjadi Naib Presiden ISNA.

Selama menjadi wakil, Mattson dinyatakan mempunyai reputasi dan nilai yang cemerlang. Hal itulah yang kemudian pada tahun 2006 menobatkannya sebagai presiden wanita pertama dalam organisasi itu.

Nama Ingrid Mattson sempat menjadi topik perbualan hangat di pelbagai media Barat. Hal ini lantaran namanya masuk dalam senarai salah satu tokoh yang diundang pada Pidato Barack Obama, setelah calon Presiden Amerika Syarikat (AS) dari Parti Demokrat itu menang dalam pilihan raya lalu.

Ketika itu, Mattson masih menjawat jawatan sebagai presiden Komuniti Islam Amerika Utara (ISNA) merupakan salah seorang pemimpin agama yang akan berucap selepas dimulakan dengan doa, di Cathedral Nasional di Washington DC, sehari selepas pelantikan Obama sebagai presiden AS ke-44.

Undangan yang ditujukan kepada Mattson ini menjadi kontroversi awam Amerika kerana organisasi yang beliau pimpin dituduh mempunyai kaitan dengan rangkaian pengganas.

Sebagaimana diketahui, pada Julai 2007, pendakwa persekutuan di Dallas, mengajukan tuntutan kepada ISNA kerana didakwa mempunyai rangkaian dengan Hamas organisasi Islam di Palestin yang dikumpulkan Kerajaan AS sebagai organisasi pengganas. Namun, Mattson mahupun organisasinya tidak pernah dihukum.

Pendakwa hanya menyatakan mempunyai bukti-bukti dan kesaksian yang dapat menghubungkan kumpulan tersebut ke Hamas dan rangkaian radikal lain.

Catat Ulasan

PERINGATAN: kembara Hadi tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.