Selamat Melayari Kembara Hadi Contact Us

Iran -Tahanan wanita diperkosa sebelum dihukum mati

Di Iran, tahanan wanita diperkosa sebelum dihukum mati
Anggota Tentera Basij Iran sangat ditakuti kerana dilaporkan kerap melakukan perkosaan terhadap para tahanan wanita yang masih dara sebelum tahanan wanita itu dihukum mati. Mereka yang diperkosa adalah para tahanan wanita yang dijatuhi hukuman mati dan masih dara. Perkosaan ini adalah "ritual" wajib, kata salah seorang anggota tentera Basij tersebut.

Salah seorang anggota tentera yang tidak mahu disebutkan namanya mengatakan bahawa ini adalah sebahagian perintah dari pemimpin tertinggi Iran Ali Khameini. Kepada The Jerusalem Post anggota tentera ini mengatakan bahawa pada masa berumur 18 tahun dia pernah diberi "kehormatan" oleh Khameini untuk sementara waktu "menikahi" tahanan wanita muda sebelum mereka dijatuhkan hukuman



Di negara penganut Syiah ini, adalah haram melaksanakan hukuman mati terhadap wanita jika tahanan tersebut masih dara, demikian menurut salah seorang bekas anggota Basij.

Memetik laporan dari laman Muslimdaily, kerajaan menetapkan pesta "perkahwinan" semalaman sebelum si tahanan wanita dijatuhkan hukuman,si wanita tersebut akan dipaksa untuk melayani nafsu seksual lelaki, Setelah digauli suami "barunya", maka si tahanan wanita sudah "halal" untuk dilaksanakan.

"Aku sangat menyesal, walaupun perkahwinan itu sah dan halal di sini", kata bekas tentera tersebut kepada Jerusalem Post.

Beberapa tahanan wanita diberi ubat tidur untuk membuat mereka tidak sedar, kerana biasanya mereka melawan semasa diperkosa. Menurut banyak saksi, mereka lebih takut pada "malam pertama" mereka daripada hukuman mati yang akan dilaksanakan ke atas mereka.

"Aku dengar mereka manangis kuat dan berteriak setelah proses perkosaan itu selesai," jelas bekas tentera tersebut.

"Aku tidak akan lupa bagaimana salah seorang gadis tersebut mencakari wajah dan lehernya sendiri dengan kuku-kukunya setelah dia disetubuhi. Dia mengalami kecederaan akibat cakaran kukunya sendiri. "

Wallahu'alam bissawab والله أعلمُ بالـصـواب

2 ulasan

  1. knp wnta d sna d perlakukn sbgtu?apaka tentera2 itu x prnh bkwin shgga bd mrka pmpuan itu x nilainya?
  2. matane
PERINGATAN: kembara Hadi tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.