Selamat Melayari Kembara Hadi Contact Us

Antara dua Presiden Mesir

Antara dua Presiden Mesir
Sekadar menyingkap kisah antara dua presiden Mesir. Duka dan sukanya pasti ada. Namun tentunya besar harapan umat dunia, ingin sekali melihat negara Mesir dikembalikan kepada Dr Muhammad Mursi selaku Presiden Mesir yang sah.

Moga segera ternokhtah kekejaman junta tentera dan pertumpahan darah di negara yang banyak mengukir seribu satu kisah.

Moga segera Allah Subhanahu Wa Taala datangkan ansorullah (penolong Agama Allah) kepada negara Mesir dan seluruh negara yang sedang dicengkam hebat oleh pemimpin yang zalim, insya-Allah.



1. Mubarak digulingkan setelah majoriti rakyat turun selama 18 hari. Mursi dirampas kuasanya oleh tentera setelah rakyat turun pada malam 30 Julai lalu.

2. Penyingkiran Mubarak setelah 30 tahun menduduki kerusi hasil daripada proses pilihan raya yang penuh kecurangan dan manipulasi. Kudeta terhadap Mursi setelah setahun menduduki kerusi presiden yang merupakan hasil pilihan raya bersih dan adil disaksikan seantero dunia.

3. Penggulingan Mubarak menyaksikan mayat bergelimpangan sebelum pengumuman pengunduran yang dibacakan oleh Omar Sulaiman. Penggulingan Mursi menyaksikan pertumpahan darah terjadi pasca pengumuman oleh tentera.

4. Turunnya Mubarak disambut penuh sukacita oleh majoriti umat Islam dunia. Tersingkirnya Mursi disambut penuh dukacita oleh majoriti umat Islam dunia.

5. Penggulingan Mubarak diikuti kesedihan Israel. Penggulingan Mursi diikuti kesedihan Palestin.

6. Penggulingan Mubarak adalah lambang berakhirnya pemerintahan diktator. Penggulingan Mursi adalah lambang kembalinya pemerintahan diktator.

7. Pasca penggulingan Mubarak, media bebas beraksi. Pasca penggulingan Mursi, banyak media disekat.

8. Penggulingan Mubarak diakui antarabangsa sebagai hasil revolusi rakyat. Penggulingan Mursi dinilai oleh dunia antarabangsa sebagai kudeta tentera.

Catat Ulasan

PERINGATAN: kembara Hadi tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.