Lubnan
Lubnan adalah negara syiah ketiga. Hasan Nasrullah yang digambarkan sebagai pejuang Islam disokong habis-habisan. Mereka mengaitkan Hizbullah dengan hizbullah yang disebut di dalam Al-Quran.
Saluran televisyen Lubnan Al-Manar sering memperlihatkan rakaman dimana mereka mengangkat bendera-bendera Khomeini. Apa kaitan Khomeini dengan Lubnan? Nampak jelas mereka berusaha menjadikan Lubnan negara syiah yang ketiga, setelah Iran dan Iraq.
Bahrain
Bahrain hari ini hampir 60% rakyatnya pro-Syiah. Bahrain bersebelahan dengan Saudi. Di Bahrain, keluarga Al-Khalifa telah memerintah sejak 1783. Sekarang monarki Perlembagaan dengan Majlis Perundangan terpilih; Syiah yang majoriti menuntut kekuatan lebih besar daripada penguasa Sunnah. Dan, ini menunjukkan betapa pengaruh Syiah di Bahrain semakin kuat, dan akan menjadi ancaman kestabilan khususnya di negara-negara Teluk.
SYRIA
Siapa pemerintah Syria? Basyar al-Assad. Basyar al-Assad ini akidahnya Syiah Nushairiah. Dahulu kita tidak pernah mendengar istilah Nushairiah, tetapi pada hari ini kita dengar. Ulama terdahulu telah membahas Nushairiah ini secara teliti. Mereka ini akidah Syiah yang lebih ekstrem, dalam kategori Bathiniyyah, agama bagi mereka lebih kepada simbolik, antaranya bagi mereka Ali itu Tuhan. Bahkan mereka sanggup mempertuhankan imam mereka, menabikan, dan merasulkan pemimpin-pemimpin mereka. Sehingga mendakwa malaikat Jibril telah bersalah menyampaikan wahyu kepada Muhammad, sepatutnya Jibril menurunkan wahyu kepada Ali.
Perhatikan di Youtube bagaimana orang yang taksub kepada Basyar Al-Assad menyembah gambarnya. Di Syria, Syiah lebih kurang 30% sahaja. 70% adalah ahli sunnah. Dalam waktu tiga tahun kebelakangan ini, sekitar 100.000 muslim Sunnah dibunuh oleh rejim al-Assad. Jumlah ini jauh melebihi kekejaman Israel terhadap rakyat Palestin dalam kurun waktu 64 tahun yang “menghabisi” nyawa rakyat Palestin sebanyak kira-kira 60.000.
Libya
Seterusnya Libya. Libya juga pengaruh Syiah, tokohnya Muammar Ghaddafi cenderung kepada Syiah Fathimiyyah. Sebab itu di dalam ucapannya beberapa tahun lalu (sudah diterjemahkan) secara tegas beliau mengatakan “kita Daulah Fathimiyyah, Mesir tidak boleh lari, mereka juga adalah Daulah Fathimiyyah. Kita akan bangkitkan Daulah Fathimiyyah.” Fathimiyyah ini Syiah, dan ulama-ulama Timur Tengah telah memfatwakan akidah mereka menyeleweng dari akidah ahlus sunnah wal jamaah. Kebangkitan masyarakat Libya adalah atas dasar Rasuah. Jadi unsur-unsur (Syiah) itu ada.
Bagaimana dengan Malaysia? Pada waktu ini, jumlah Syiah di Malaysia masih sedikit, namun mereka tidak pernah berdiam diri menyebarkan ajaran Syiah. Satu yang dianggap bermasalah ketika Syiah menyebarkan agamanya adalah ia selalu mengatasnamakan Islam. Walhal, sudah jelas dan nyata, Syiah dan Islam berbeza secara aqidah. Wallahua’lam.