Selamat Melayari Kembara Hadi Contact Us

Imam Besar Al Azhar Berucap Di Piala Dunia Di Brazil

Imam besar Al-Azhar, Sheikh Ahmed al-Tayeb telah dijemput untuk berucap pada pembukaan kejohanan Piala Dunia 2013 di Brazil yang dijadualkan bermula 12 Jun hingga 13 Julai.
Mesir – Imam besar Al-Azhar, Sheikh Ahmed al-Tayeb telah dijemput untuk berucap pada pembukaan kejohanan Piala Dunia 2014 di Brazil yang dijadualkan bermula 12 Jun hingga 13 Julai.

Sheikh Ahmed telah dijemput oleh duta Brazil ke Mesir, Marco Brandão semalam untuk mengambil bahagian dalam upacara pembukaan sukan berprestij itu.

Brandão menegaskan bahawa Al-Azhar memainkan peranan penting dalam menyebarkan prinsip-prinsip Islam.

“Jemputan ini mewakili pengiktirafan dunia kepada peranan yang dimainkan oleh Al-Azhar dalam menyebarkan Islam, di sebalik peningkatan pengganas,’’ kata Brandão.

Dalam pada itu, penasihat Sheikh Ahmed, Mohammad Mehanna,berkata, jemputan berkenaan menunjukkan bahawa konsep keserderhanaan diiktiraf oleh dunia.

“Islam menggalakkan sukan bagi tujuan kesihatan. Berjuta-juta orang akan menontonnya kejohanan ini dan mereka dapat mengetahui mengenai Islam melalui ucapan Sheikh Ahmed.



Sheikh Ahmed al-Tayeb
Sheikh Ahmed sebelum ini mencetuskan kontroversi apabila beliau menyokong pemberontakan menentang bekas Presiden Mesir, Mohamed Mursi.

Malah ulama Sheikh Yusuf al-Qaradawi sendiri mengkritik Sheikh Ahmed dengan menyifatkan kenyataan itu sebagai salah dan tidak berlandaskan al-Quran dan Sunnah.

Catat Ulasan

PERINGATAN: kembara Hadi tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.