Selamat Melayari Kembara Hadi Contact Us

PUSAT PERLINDUNGAN WANITA BAITUL EHSAN MAIS

Rumah perlindungan wanita ,wanita terlanjur , baitul mais

 1. Sejarah Penubuhan

  • Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan ditubuh dan di wartakan di bawah pentadbiran Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) pada 13 September 2001. Seksyen 53 dan 54 (2),Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) No.9 tahun 1995: "Majlis boleh melalui pemberitahuan dalam warta menetapkan mana-mana tempat menjadi pusat pemulihan diluluskan bagi maksud Enakmen ini".
  • Pada 28 September 2001 juga, satu kaedah telah digubal dan diluluskan dalam Mesyuarat MAIS iaitu Perintah-Perintah Tetap Baitul Ehsan 2001 yang membolehkan Baitul Ehsan mentadbir,memulih dan memberikan perlindungan kepada golongan wanita yang memerlukan bimbingan di Negeri Selangor.
  • Pusat ini didirikan di dalam kawasan seluas 6 ekar di daerah Sabak Bernam yang dahulunya dikenali sebagai Pusat Dakwah Selangor. Melalui penubuhan pusat ini,Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah mengorak langkah dengan lebih jitu dan memainkan peranan utama di dalam mentadbir hal ehwal wanita di samping jabatan-jabatan lain seperti jabatan Kebajikan Masyarakat di seluruh negeri.
  • Pada tahun 2005, pengurusan pentadbiran Baitul Ehsan telah dipindahkan daripada Jabatan Agama Islam Selangor ke Bahagian Pemulihan Ar-Riqab, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) sehingga sekarang.

    2. Fungsi

    "Menguruskan Perkhidmatan Perlindungan, Pemulihan, dan Kaunseling kepada Kumfpulan Wanita dan Gadis yang terlibat dengan Gejala Sosial dan Akidah".

    3. Objektif

  • Melaksanakan kehendak maksud Seksyen 53 & 54 (2) Enakmen Jenayah Syariah Selangor No.9 tahun 1995.
  • Memberi perlindungan dan pemulihan kepada Wanita dan gadis yang terdedah kepada bahaya moral
  • Memberi Latihan dan bimbingan dalam segenap aspek iaitu rohani dan jasmani melalui Pendidikan agama dan sosial
  • Menyediakan kemahiran bersepadu dan kemudahan Latihan vokasional



4. Syarat Kemasukan.

  • Beragama Islam;
  • Warganegara Malaysia;
  • Pemohon atau ibu atau bapa atau Penjaganya dilahirkan di Negeri Selangor; atau
  • Masalah sosial atau masalah aqidah yang dihadapi oleh pemohon berlaku di dalam Negeri Selangor;
  • Pemohon telah mencapai umur 13 tahun atau pemohon telah tamat pendidikan sekolah rendah selaras dengan garis Panduan Pelaksanaan Pendidikan Wajib di Peringkat Sekolah Rendah 2003;
  • Membuat laporan polis yang memaklumkan hasratnya untuk menjalani pemulihan di rumah Pemulihan Majlis secara sukarela;
  • Pemohon hendaklah membuat Akuan Sumpah di hadapan Pesuruhjaya Sumpah;
  • Mengemukakan laporan perubatan terkini daripada mana-mana Pegawai Perubatan kerajaan atau Swasta;
  • Tiada mental/rekod kesihatan mental (Psikiatri); dan
  • Tempoh Pemulihan 6 Bulan
5. Program Yang Disediakan

  • Kelas Fardhu Ain (Adab,Aqidah ,fiqh wanita,ibadah ,tahsin solat dan tajwid)
  • Kelas kemahiran (Jahitan/ Kraf tangan/ Masakan)
  • Kelas Pengajian Al-Quran / Kuliah Maghrib
  • Usrah
  • Kawad kaki/ Smart Agro
  • Sesi kaunseling (individu/Kelompok)
  • Tuisyen PT3/SPM
  • Ceramah Agensi
  • Kursus/ Kem/ Seminar jati diri
6. Alamat

Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan ,Majlis Agama Islam Selangor ,Jalan Raja Chulan ,45200 Sabak Bernam. Tel : 03-32161286



Catat Ulasan

PERINGATAN: kembara Hadi tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.